I made this widget at MyFlashFetish.com.

pengunjung kami

Isnin, 6 April 2009

LAPORAN PROGRAM

PADA HARI PERTAMA
Pada hari jumaat 20 hb MAC 2009, jam 8.30 pagi. Kami menunggu bas di pondok pengawal utama Kolej Teknologi Islam Antarabanngsa Melaka (KTIM). Kami memulakan perjalanan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Kemuning(SMKKK),Shah Alam,Selangor pada jam 11.00 pagi.Perjalanan kami mengambil masa selama 2 jam setengah.Kami tiba di sekolah kota kemuning pada pukul 1.30 hari. Setibanya kami di sana, setelah barang-barang yang dibawa diturunkan, kaum muslimin bersama-sama Ustaz Che` Rimi terus bergegas ke masjid untuk menunaikan solat jumaat. Alhamdulillah jarak antara masjid dan sekolah tersebut hanya mengambil masa 5 minit dengan berjalan kaki sahaja. Bagi kaum muslimat pula, setelah mereka selesai solat zuhur mereka telah menyelenggarakan semua kelengkapan untuk sesi pendaftaran,menyiapkan makan tengah hari untuk kami semua dan lain-lain. Alhamdulillah setelah semuanya selesai mengisi perut yang keroncong, sesi pendaftaran pun dimulakan. Alhamdulillah sekali lagi kami ucapkan kerana penyertaan dikalangan para pelajar amat menggalakkan. Semasa sesi pendaftaran berlangsung, terdapat beberapa orang guru dari sekolah tersebut yang membantu demi memudah dan melancarkan sesi pendaftaran berjalan. Terima kasih kami ucapkan di atas jasa baik kalian. Hanya Allah yang dapat membalasnya. Selesai sahaja sesi pendaftaran, semua fasilitator memulakan sesi ta`aruf berdasarkan kreativiti masing-masing. Ada yang menari, memulakan permainan dan menyanyi walaupun terkeluar suara-suara yang agak kurang menyenangkan halwa telinga ini demi menarik minat peserta tersebut. Setelah selesai semua fasilitator memperkenalkan diri, pembahagian kumpulan pun di jalankan oleh ketua fasilitator dan dibantu oleh fasilitator yang lain. Sedikit permainan dilakukan demi menghilangkan bosan terhadap para peserta. Peserta terus mencari kumpulan mereka dan bersama-sama fasilitator,setelah semua peserta berkumpul bersama,suai kenal dijalankan antara peserta dan fasilitator.Setelah selesai sesi suai kenal,peserta di arah kan solat fardhu asar,selepas solat asar, peserta di arahkan untuk membuat persiapan diri. Tepat jam 6.30 petang peserta di berikan makan malam dan beransur ke surau untuk mengerjakan solat fardhu maghrib secara berjema`ah. Setelah sempurna menunaikan solat fardhu maghrib, kuliah maghrib dijalankan. Alhamdulillah kuliah yang di sampaikan dapat menarik minat para peserta. Setelah selesai kuliah maghrib dan solat fardhu isya` secara berjemaah, semua peserta diminta menukar pakaian dan berkumpul semula di dalam dewan tertutup sekolah tersebut bagi meneruskan aktiviti seterusnya. Malam yang serba hening itu di hiburkan dengan hilai tawa para peserta dalam sesi LDK 1. Memang lah pada asalnya terdapat peserta yang tidak memberikan kerjasama namun akhirnya ia dapat juga dikecapi. Sesi LDK yang dijalankan ini telah mewujudkan semangat kerjasama di kalangan peserta demi melahirkan Motto,Panji dan Visi kumpulan mereka. Tepat jam 11.30 malam, sesi LDK ditamatkan dan semua peserta diarahkan untuk masuk ke bilik penempatan masing-masing untuk tidur. Semua fasilitator bersama-sama Ustaz Che` Rimi menjalankan postmorterm. Alangkah terkejut,sedih dan hiba menyelubungi perasaan setiap fasilitator kerana semua peserta terutama lelaki masih lagi tidak tidur walaupun telah diberikan ruang masa untuk tidur sebaliknya mereka bermain di dalam bilik tersebut hinggakan terdengar suara pekikan dan lolongan mereka. Walaubagaimanapun keadaan dapat dikawal semula oleh semua fasilitator lelaki. Maklumlah peserta yang di klasifikasikan sebagai budak-budak memang terkenal dengan kenakalan mereka.
HARI KEDUA

Pada malam itu, semua fasilitator, urusetia dan semua peserta tidak dapat tidur kerana terlibat dengan aktiviti “night walking” dari pukul dua pagi hingga 3.30 pagi. Selepas itu kebanyakkan peserta tidak tidur dan diantara mereka ada yang berkeliaran di sekitar sekolah, mandi, dan terdapat sebahagian pelajar yang tidur. Sebahagian fasilitator perempuan telah membuat persiapan memasak air untuk sarapan pagi dan makan tengah hari. Pada jam 6 pagi, semua fasilitator , urusetia dan peserta dikehendaki pergi ke surau untuk menunaikan solat subuh dan mendengar kuliah subuh. Kuliah subuh pada pagi itu diketuai oleh saudara Amirul Hakim Bin Ahmad Nadzri yang bertajuk “Jiwa yang Kosong”. Pada jam 7.30 pagi aktiviti riadah telah dimulakan yang diketuai oleh saudara Hafiz, Syafiq, saudari Azlinda , Nurul bersama beberapa rakan sejawatnya. Antara aktiviti yang dialakukan ialah senaman senyum muka, senaman pinggang dan regangan anggota badan.
Selepas riadah, semua peserta dikehendaki pergi ke kantin untuk menikmati sarapan pagi yang telah disediakan. Pada jam 9.00 pagi, latihan dalam berkumpulan bagi aktiviti yang kedua iaitu “ Di Mana Anda Berada”. Dalam aktiviti ini peserta telah didedahkan dengan beberapa soalan tentang masalah gejala sosial, solat, dan beberapa soalan umum. Kerjasama yang peserta berikan adalah lebih baik dari hari sebelumnya. LDK 2 ini dijalankan selama 1 jam. Seterusnya, aktiviti diteruskan dengan LDK 3 iaitu “ Silang dan Menang”. Setiap kumpulan dikehendaki menghantar ketua kumpulan untuk berjumpa dengan ketua fasi bagi mendapatkan klu untuk jawapan

“Silang dan Menang”. Setiap kumpulan diketuai oleh seorang fasi bagi mengawal keadaan kumpulan.. Didapati peserta menunjukkan aksi yang baik kerana mereka berusaha untuk memperolehi kemenangan. Dari situ kita dapat lihat adanya nilai-nilai murni dalam diri mereka sungguhpun pada mulanya para peserta menunjukkan aksi kurang menberi kerjasama. Pada pertengahan permainan didapati perlawanan amat sengit diantara sesama kumpulan. Pada mulanya lima kumpulan telah berjaya ke pusingan separuh akhir iaitu kumpulan 1,2,5,7 dan 9. Setiap ketua kumpulan ini dikehendaki menjawab soalan dari ketua fasi. Akhirnya 2 kumpulan telah terpilih ke pusingan akhir iaitu dari kumpulan 2 dan 5. Mereka berentap diantara satu sama lain demi meraih kemenangan. Akhirnya kumpulan 5 telah menjuarai aktiviti ini.
Pada jam 10.30 pagi satu slot pengisian bersama penceramah merangkap Dekan Fakulti Pengajian Islam iaitu Ustaz Rahisam Bin Ramli yang bertajuk “ Sahsiah Diri Muslim Cemerlang”. Ustaz Rahisam Bin Ramli telah berkongsi pendapat tentang ciri-ciri yang perlu ada dalam diri seorang pelajar yang berjaya. Untuk tidak membosankan pelajar ustaz mengarahkan para peserta menulis kelebihan diri masing-masing dan lima tarikh yang paling penting dalam kehidupan mereka. Tujuan aktiviti ini dilakukan adalah untuk peserta mengetahui akan kelebihan masing-masing dan mengingati perkara penting dalam hidup. Aktiviti ini telah berakhir pada jam 1.30 petang.



Seterusnya, fasilatator yang bertugas telah mengarahkan para peserta ke dewan makan. Pada jam 2.00 petang kami solat berjemaah bersama-sama di surau sekolah. Aktiviti seterusnya di kehendalikan oleh ketua fasilitator iaitu saudari NurFara Syakila Binti Samsul Kamal dengan menunjukkan klip video tentang doa-doa seharian dan meminta peserta membacanya. Seterusnya aktiviti diteruskan dengan menunjukkan video –video yang dapat menimbulkan kesedaran dalam diri para peserta seperti video “saqaratul maut”, tanda-tanda kematian, penggugaran janin daripada persetubuhan haram (zina) menyebabkan banyak janin yang tidak berdosa telah menjadi mangsa santapan manusia yang tidak berperikemanusiaan. Semasa slot ini di tayangkan terdapat segelintir peserta yang tersentuh hatinya dan merasakan jijik untuk melihatnya. Slot ini berakhir pada jam 4.30 petang dan para peserta diarahkan terus menuju ke surau untuk menunaikan solat asar berjemaah.
Pada jam 5.00 petang semua peserta di arahkan berkumpul di dataran bagi menjalankan LDK 4 iaitu “menaiki rakit”. Peserta di asingkan lelaki dan perempuan. Terdapat lima kumpulan lelaki dan lima kumpulan perempuan hasil gabungan daripada dua kumpulan. Setiap ketua kumpulan di beri satu helaian surat khabar yang telah dicantumkan daripada sepuluh helaian menjadi satu helaian yang besar. Kesemua mereka di arahkan berdiri di atas helaian tersebut dan sekiranya salah seorang kaki peserta terkeluar daripada helaian tersebut akan ditarik keluar. Peserta akan disoal dengan pelbagai soalan oleh para fasilitator merangkumi aspek Islam, sirah, dan umum.


Dalam aktiviti ini kami dapat lihat pelbagai ragam dan aksi yang melucukan dari para peserta sekiranya tidak dapat menjawab soalan. Sekiranya peserta tidak dapat menjawab soalan helaian mereka akan dikoyakkan sedikit demi sedikit sehingga menjadi kecil. Akhir sekali terdapat dua kumpulan yang bertanding secara sengit kerana helaian mereka sama besar akan tetapi hanya satu kumpulan yang menjuarai permainan ini iaitu hasil gabungan kumpulan satu dan tujuh. Aktiviti ini habis pada jam 6.30 petang dan para peserta disuruh membuat persiapan diri dan berkumpul pada jam 7.00 petang untuk makan. Setelah kesemua peserta selesai makan mereka di arahkan menuju ke surau. Selepas menunaikan solat maghrib, bacaan yasin telah dijalankan secara beramai-ramai yang diketuai oleh Saudara Amirul Hakim Bin Ahmad Nadzri.
Pada malam itu, kesemua fasilaitator, urusetia dan para peserta diminta berkumpul di dewan. Ketua fasilitator telah memanggil kepada sesiapa yang tidak menjaga barang amanah (ikan, fail dan kad nama) yang telah di amanahkan. Akibat dari sikap tidak amanah mereka telah menyebabkan ketua fasi “naik angin” . Slot seterusnya telah dikendalikan oleh Saudara Shahmin Bin Rusali. Mereka diminta menutupkan mata dan meletakkan tangan kanan di dada mereka bagi menimbulkan kesan yang mendalam dalam jiwa masing-masing dengan mengalunkan zikir dan selawat keatas nabi yang mendayu-dayu sehingga menusuk kalbu. Akhirnya mengalirlah air mata para peserta.

Disini kita dapat lihat kelembutan hati para peserta sungguhpun jika dilihat pada luarannya mereka berhati keras. Pada jam 12.30 tengah malam para peserta diarahkan masuk ke bilik untuk tidur. Selepas itu semua fasilitator mengadakan post-mortem bersama Ustaz Che Rimi Bin Hussin untuk membincangkan laporan tentang sepanjang hari dan perancangan untuk hari esok.

HARI TERAKHIR
Jam 5.30 pagi, semua peserta telah di kejutkan. Semua peserta di minta mempersiapkan diri. Jam 6.00 pagi semua peserta di arahkan agar ke surau sekolah untuk menunaikan solat fardhu subuh berjemaah. Selesai solat fardhu subuh setiap peserta di isi dengan sedikit kuliah subuh daripada fasilitator sendiri. Jam 7.00 pagi semua peserta diminta menukar pakaian dan berkumpul di dataran ilmu bagi menjalani aktiviti riadah. Selesai sahaja aktiviti riadah, peserta di minta untuk menukar kasut bagi menjalani aktiviti explorace. Jam 11.30 tengah hari aktiviti explorace terpaksa di tamatkan kerana keadaan waktu yang agak mencemburui. Para peserta bersama fasilitator masing-masing di minta agar bersama-sama membersihkan kawasan program. Alhamdulillah kerjasama yang diberikan telah membuatkan semua kerja-kerja tersebut berjalan dengan lancar. Akhir sekali majlis penutup telah di langsungkan. Majlis penutup ini telah dipengerusikan oleh Saudari NurFara Syakila selaku Ketua Fasilitator Majlis tersebut telah di raikan oleh yang berbahagia ketua panitia pendidikan sekolah tersebut. Syukur dan terima kasih yang tidak terhingga kami ucapkan kerana di atas kesudian beliau bagi meraikan majlis penutup Program Pembentukan Sahsiah Diri Muslim bagi tahun ini. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Ustaz Che` Rimi selaku Penyelaras Program Pembentukan Sahsiah Diri Muslim. Disamping itu promosi kolej turut dijalankan. Penyampaian hadiah kepada wakil kumpulan setiap peserta telah dilakukan. Tidak lupa terhadap jasa semua fasilitator dan di sini mereka di berikan sedikit cenderahati bagi menambat hati dikala sunyi demi menjadi kenang-kenangan di masa hadapan. Setiap jasa pasti akan dihargai. Jadi di sini semua fasilitator telah membuat keputusan bagi memberi penghargaan terhadap 2 orang peserta yang dikira terbaik di kalangan peserta yang lain. Seorang bagi pihak muslimin dan seorang lagi bagi pihak muslimat. Seterusnya sesi bersalam-salaman di adakan demi mengeratkan lagi hubungan diantara fasilitator dan peserta. Di sini kita dapat melihat wajah-wajah sayu setiap peserta dan fasilitator kerana agak sukar untuk meninggalkan antara satu sama lain kerana kenangan 3 hari 2 malam terpahat di sanubari dan tidak mungkin terhakis dek hati yang sunyi yang meronta-ronta bilakah saat untuk pergi tanpa izin dari Ilahi. INSYA`ALLAH…………..